Pertanian Malaysia
Thursday, 23 February 2012
Peranan Agensi Kerajaan Yang Membantu Petani Agensi Kaedah
A. BERNAS a. Meluaskan perkhimatan keluar kawasan utama
penanaman padi.
b. Menyediakan kredit, kumpul hasil, menguruskan
subsidi baja kimia dan racun serangga.
c. Menjamin harga minimum dan bantu petani
memasarkan padi.
B. Koperasi
Peladang
a. Mengajar petani menggunakan peralatan jentera
moden.
b. Membeli baja dengan harga yang lebih murah.
C. Jabatan
Pertanian
• Mengajar petani menggunakan jentera, baja
kimia dan racun serangga.
D. MARDI • Menghasilkan benih padi yang tahan kemarau,
cepat masak dan hasil tinggi seperti MR52,
MR53 dan MR77.
E. Bank
Pertanian
• Menyediakan bantuan kewangan
F. FAMA • Menyediakan pusat menjemur dan kilang untuk
memproses padi.
Faktor Yang Menggalakkan Penanaman Padi Di Malaysia
1. Suhu tinggi iaitu kira-kira 23 darjah Celcius semasa menanam dan 27 darjah Celcius semasa padi masak
2. Hujan lebat kira-kira 1500 - 2000 mm setahun terutama masa pertumbuhan (padi
sawah).
3. Tanah rata, jenis aluvium, subur dan dapat menakung air.
4. Tenaga buruh yang ramai dan murah.
5. Cuaca yang panas dan cerah terutama masa menuai / padi masak.
6. Ada kemudahan pengairan contohnya Projek Pengairan Muda Kemubu yang
membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
7. Adanya penggunaan teknologi moden seperti jentera, racun serangga, dan benih
yang baik.
8. Galakan daripada kerajaan melalui pemberian subsidi baja, racun, benih, jentera
serta ada kawalan harga dan mutu padi.
9. Penyelidikan dijalankan oleh MARDItelah berjaya menghasilkan benih yang
bermutu tinggi.
10. FAMA sediakan kilang untuk memproses dan mengeringkan padi sebelum beras
dipasarkan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTANIAN
1. Faktor Fizikal
a. Muka bumi
o Dataran, delta dan lembangan sungai yang sesuai untuk penanaman padi.
o Kawasan bukit yang beralun, bersaliran baik sesuai untuk penanaman
getah, kelapa sawit dan koko.
o Cerun-cerun bukit sesuai untuk penanaman teh dan padi huma.b. Tanah-tanih
o Tanah lanar di lembangan dan delta sungai sesuai untuk penanaman padi
sawah.
o Tanah laterit sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko (kaki
bukit).
o Tanah berpasir sepanjang pinggir pantai untuk tanaman kelapa.
o Tanah gambut untuk tanaman nanas (kawasan berpaya).
c. Iklim
o Hujan tahunan melebihi 2500mm setahun dan suhu yang tinggi sepanjang
tahun sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi,
tembakau dan lada hitam.
o Hujan yang banyak dan suhu rendah kira-kira 18
o
C sesuai untuk
penanaman teh dan buah-buahan serta sayur-sayuran hawa sederhana di
Cameron Highlands.
d. Saliran
o Kawasan bersaliran buruk (paya) sesuai untuk penanaman padi sawah.
o Yang bersaliran baik sesuai untuk tanaman seperti getah, kelapa sawit,
nanas, koko, tembakau dan lada hitam.
2. Faktor Teknikal : Teknologi moden
a. Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti
hasil pertanian.
b. Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor telah membantu
meningkatkan daya pengeluaran hasil.
c. Sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi 2 atau 3 kali
setahun - hasil semakin meningkat.
d. Penggunaan benih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea.
e. Sistem pengangkutan yang maju telah memudahkan dan mempercepatkan pemasaran hasil pertanian.
3. Faktor Ekonomi
a. Bantuan modal dan pelaburan dalam teknologi melalui skim ansuran oleh
kerajaan.
b. Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan
untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman
moden serta mengatasi masalah pertanian.
4. Faktor TradisionalSering merupakan penghalang kepada cara-cara pertanian moden namun cara pertanian
tradisional sesuai bagi ladang-ladang kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)