Thursday, 23 February 2012

Faktor Yang Menggalakkan Penanaman Padi Di Malaysia


1. Suhu tinggi iaitu kira-kira 23 darjah Celcius semasa menanam dan 27 darjah Celcius semasa padi masak
2. Hujan lebat kira-kira 1500 - 2000 mm setahun terutama masa pertumbuhan (padi
sawah).
3. Tanah rata, jenis aluvium, subur dan dapat menakung air.
4. Tenaga buruh yang ramai dan murah.
5. Cuaca yang panas dan cerah terutama masa menuai / padi masak.
6. Ada kemudahan pengairan contohnya Projek Pengairan Muda Kemubu yang
membolehkan padi ditanam dua kali setahun.
7. Adanya penggunaan teknologi moden seperti jentera, racun serangga, dan benih
yang baik.
8. Galakan daripada kerajaan melalui pemberian subsidi baja, racun, benih, jentera
serta ada kawalan harga dan mutu padi.
9. Penyelidikan dijalankan oleh MARDItelah berjaya menghasilkan benih yang
bermutu tinggi.
10. FAMA sediakan kilang untuk memproses dan mengeringkan padi sebelum beras
dipasarkan.

2 comments: